1. Kemenangan Nikki dan Zahid untuk Duo/Berkumpulan Pilihan
Saya amat berpuas hati dengan kemenangan Nikki dan Zahid untuk kategori tersebut. Walaupun meramalkan fenomena aura Mawi dan M.Nasir masih kuat untuk menang kategori ini tetapi sekelumit di hati saya tetap meletakkan pilihan Nikki/Zahid sebagai pemenang. Kehebatan Nikki/Zahid untuk mencelakan sedikit malam gemilang Mawi sememangnya di luar jangkaan tetapi tidak mustahil. Kolaborasi ini iaitu gandingan bersama bintang AF perlu diteruskan. Mana tahu tahun depan yang lagi seorang tu pula menang.
2. Persembahan Drama oleh Ning Baizura, Nikki dan Yanie yang memukau
Pertama kali saya terpegun dengan koreografinya. Memang sharp dan sama antara satu sama lain. Itu yang buat persembahan tersebut nampak begitu mantap. Nyanyian mereka tidaklah begitu sempurna mungkin kerana sistem bunyi dan juga pembesar suara yang digunakan. Konsep persembahan juga menarik lengkap dengan tali cemeti. Nampak idea persembahan dibuat bersungguh-sungguh. Sayang sekali sudut-sudut rakaman kamera tidak begitu baik dan penonton terlepas moment-moment yang menarik dalam persembahan tersebut. Untuk laporan pilih kasih, sila ke blog
7. Persembahan 4 Juara AF dan saya hanya terpikat pada persembahan Mawi.
Percaya atau tidak antara 4 Juara AF yang tampil membuat persembahan, saya hanya tertarik dengan persembahan Mawi dengan lagu Kian. Iringan kanak-kanak sekolah memberikan keunikan dan kreativiti dalam persembahannya. Nyanyian Mawi untuk lagu tersebut juga mampu dihayati untuk menyerlahkan lagi perasaannya. Mawi mahu album gambarnya dikembalikan. Pulangkan…
8. Persembahan Finale (Spider, Pretty Ugly, Sixth Sense dan Pop Shuvit) yang menggegarkan.
Saya tertarik dengan penggunaan dua pentas untuk persembahan finale ini. Jika digabungkan sekali empat band dalam stadium itu tentu lagi gempak. Kehangatan penamat malam tersebut akan menjadi lebih hebat. Tumpuan tidak hanya tertumpu di satu arah. Lagipun buat penat saja kalau buat rekaan pentas banyak-banyak kalau RTM2 yang menang Set Terbaik macam set AE tahun lepas. Dua band yang benar-benar mengagumkan ialah Pretty Ugly dengan lagu popular masa kini mereka Diari Seorang Lelaki dan Sixth Sense dengan lagu Hari Ini Dan Semalam. Memang betul-betul bertenaga penyanyi kumpulan Sixth Sense itu. Tentunya pelakon-pelakon veteran 50an yang hadir malam anugerah itu terus keliru apakah lagu yang dinyanyikan itu lagu lama nyanyian J.Mizan.
9. Penganugerahan Anugerah Seni ERA kepada Dato’ Maria “Pontianak” Menado dan Seniwati “Chombi” Zaiton
Kalau ada sesiapa yang tidak mengenali mereka tentu tidak pernah menonton filem tahun 50an seperti Pontianak atau pun Ibu Mertuaku. Maria Menado merupakan pembawa watak Pontianak dan Zaiton membawakan watak Chombi. Sewajarnya mereka yang pernah mengangkat nama industri perfileman Malaysia sehingga sekarang dan masih tiada tandingan. Itulah antara nama-nama yang masih segar dalam ingatan peminat filem tempatan.
10. Sistem bunyi yang membingitkan.
Saya petik kata-kata Ramli MS tentang sistem bunyi seperti yang tersiar dalam BiPop hari ini. Katanya sistem bunyi sering berada di kasta paling rendah apabila dalam perancangan belanjawan untuk sesebuah acara seperti ini. Ini menyebabkan yang sistem bunyi tidak seperti yang diharapkan. Mungkin kerana tempat saya berdiri betul-betul di bawah pembesar suara dan bukannya di tengah-tengah stadium. Memangnya sistem audio semalam agak membingitkan.
11. Menguruskan media dan jurugambar
Saya turut membantu menguruskan petugas-petugas media yang hadir pada malam itu. Ada beberapa perkara yang sedikit menyukarkan tugas saya iaitu tiadanya pintu khas untuk petugas media masuk. Kami terpaksa berkongsi pintu dengan penonton-penonton bertiket dan sedikit menyukarkan perjalanan keluar masuk media. Di luar tiada pula tempat berkumpul untuk media. Tiada meja kaunter khas untuk menjadi tempat media menanti.
12. Ramalan “buatlah ikut suka hati kau” yang menjadi kenyataan !!! Kena dalami trend muzik nasyid lagi selepas ini…
Dari senarai anugerah yang dipertandingkan, saya gagal meneka untuk kategori lagu nasyid pilihan. Ini menunjukkan yang saya perlu mendalami trend muzik tersebut lebih lagi di masa akan datang.
13. Menjadi “bapa ayam” dan harus ada “barter trade” !! Barulah we can talk business !! Hahahahaha
Tiada ulasan lanjut. Yang faham, akan faham…
Mulanya 2 perkara tetapi menjadi 13 perkara. Saya harus terus menjadi sultanmuzaffar…
Ramalan AE06 Menjadi Kenyataan
ARTIS HARAPAN PILIHAN
Ramalan : Mawi
Pilihan SM : Mawi
VOKAL WANITA PILIHAN
Ramalan : Siti Nurhaliza
Pilihan SM : Siti Nurhaliza